24 Mei 2025, Kuala Lumpur - YBhg. Datuk Haji Ruji bin Haji Ubi, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara telah menyempurnakan Majlis Perasmian Persidangan Pegawai Perpaduan Tahun 2025 bertempat di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur.
Program ini adalah anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) dengan kerjasama Institut Kajian dan Latihan Integrasi Nasional (IKLIN) bertujuan untuk memperkukuhkan perpaduan nasional melalui peningkatan kualiti perkhidmatan Pegawai Perpaduan sebagai jentera utama negara.