27 Mei 2025, Putrajaya - YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara telah menerima kunjungan hormat daripada Tuan Nik Hisham Nik Ibrahim, Ketua Pegawai Eksekutif MyDigital ID bagi membincangkan kerjasama dua hala antara kementerian dan agensi tersebut.
Kementerian menyambut baik inisiatif MyDigital ID dan komited untuk menyokong pelaksanaannya melalui peranan KRT dan Perpustakaan Desa sebagai pemangkin literasi digital di peringkat akar umbi.