24 Julai 2025, Putrajaya – Kementerian Perpaduan Negara menerusi Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan (KPM) telah melancarkan Program Gerak Integrasi Perpaduan (GRIP) Kelab Rukun Negara Peringkat Kebangsaan Tahun 2025 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Ampuan Afzan.
GRIP berteraskan modul silang budaya yang mengutamakan pengalaman pembelajaran secara langsung dan interaktif, dengan penekanan terhadap nilai-nilai kenegaraan, adat dan warisan budaya, serta nilai sivik dan moral. Program GRIP adalah inisiatif berwajah baharu setelah menggabungkan kesemua intipati utama program sedia ada Kementerian iaitu Program Kenali Kita, Kem Perpaduan Anak Malaysia serta program silang budaya.