14 Ogos 2025, Putrajaya – Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu (JKP) Bil.2 Tahun 2025 bagi Kajian Indeks Perpaduan Nasional Ketiga Tahun 2025 (IPNas 2025) telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato' Haslina binti Abdul Hamid, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara. Mesyuarat ini dilaksanakan bagi membincangkan status pelaksanaan Kajian IPNas 2025 pada peringkat Laporan Interim.
Turut hadir ialah YBrs. Tuan Mohamad Sobri bin Mat Daud, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, YBhg. Prof. Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri bin Baharuddin, Ketua Penyelidik daripada Universiti Kebangsaan Malaysia,Ahli-ahli Mesyuarat daripada Kementerian dan Agensi Kerajaan lain.