21 Ogos 2025, Kuala Lumpur – YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara telah menyempurnakan Majlis Pelancaran Kempen Chagee Malaysia dan Jabatan Muzium Malaysia.
Kolaborasi strategik Jabatan Muzium Malaysia dan CHAGEE Malaysia mencerminkan semangat inovatif dan keterbukaan dalam membawa warisan negara ke pentas yang lebih luas. Kerjasama ini merupakan satu Langkah yang amat signifikan dalam mempromosikan warisan tekstil Malaysia.