28 September 2025, Putrajaya - Sambutan Minggu Perpaduan (SMP) 2025 Peringkat Wilayah Persekutuan Putrajaya telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Mohamad Azhan bin Md. Amir, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Kementerian Perpaduan Negara.
Hadir bersama Encik Zulkifli bin Hashim, Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional (JPNIN), Pengurusan Tertinggi Kementerian Perpaduan Negara, Jabatan Dan Agensi.
Pelbagai aktiviti pengisian program telah dilaksanakan sepanjang 27 sehingga 28 September 2025 (Sabtu - Ahad) di Kompleks Futsal, Presint 18, Putrajaya dengan kerjasama Perbadanan Putrajaya.