28 November 2025, Putrajaya - YBrs. Tuan Mohammad Sobri bin Mat Daud, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Perancangan Strategik) Kementerian Perpaduan Negara telah menerima kunjungan hormat daripada 40 orang guru dari Sekolah Kebangsaan Bukit Jenun, Pendang, Kedah. Ini adalah program Lawatan Peningkatan Profesionalisme Guru ke Kementerian Perpaduan Negara (KPN).
Beliau turut memberikan taklimat ringkas mengenai fungsi Kementerian Perpaduan Negara, Dasar Perpaduan Negara dan program- program dibawah Semarak Perpaduan, Semarak Kenegaraan dan Komuniti Rahmah.
