7 Oktober 2025, Kuala Lumpur - YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara telah menerima kunjungan hormat daripada Encik Tung Siak Leng bagi membincangkan cadangan serta idea penubuhan dana wakaf bagi sektor warisan negara.
Pertemuan ini menjadi medan perkongsian pandangan berhubung usaha memperkukuh pembangunan warisan dan identiti nasional melalui pendekatan berasaskan wakaf.