5 Februari 2026, Putrajaya - YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara telah menerima kunjungan hormat daripada YBrs. Penghulu Paliani Samba Bilaidom, Presiden Persatuan Wanita India Sarawak (SIWA).
Inisiatif ini mencermikan usaha Kementerian dalam memperkasa pembangunan komuniti secara meluas dengan memberi fokus kepada peranan wanita dalam perpaduan, pembangunan sosial dan pemerkasaan ekonomi.
Kementerian Perpaduan Negara sentiasa komited dalam melaksanakan inisiatif yang menggalakkan keterangkuman, keadilan sosial dan penyertaan semua komuniti secara inklusif.
