5 Mac 2026, Putrajaya - YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara mengadakan perbincangan strategik bersama YBrs.Tuan Eddin Khoo, Ahli Penasihat Perpaduan Negara, bagi bertukar pandangan mengenai beberapa perkembangan semasa dalam sektor pendidikan, termasuk perkara berkaitan Unified Examination Certificate (UEC).
Kerjasama dua hala ini memberi ruang untuk meneliti pelbagai perspektif dalam landskap pendidikan negara yang rencam dan pelbagai, sambil menekankan kepentingan untuk terus mencari titik keseimbangan yang mampu memperkukuh perpaduan nasional, memupuk kefahaman antara masyarakat berbilang kaum serta memelihara keharmonian negara.
Dalam menghadapi pelbagai cabaran dan perubahan, pendekatan yang bersifat dialog, keterbukaan serta saling menghormati pandangan adalah penting bagi memastikan sistem pendidikan negara terus berkembang secara inklusif, berdaya maju dan selari dengan aspirasi membina sebuah negara bangsa.
