6 Mac 2026, Putrajaya - Mesyuarat Strategi Keharmonian dan Tadbir Urus Berkaitan Isu Rumah Ibadat Bukan Islam telah diadakan hari ini dan dipengerusikan bersama oleh YB Tuan Yuneswaran Ramaraj, Timbalan Menteri Perpaduan Negara serta YB Senator Puan Marhamah binti Rosli, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).
Mesyuarat ini diadakan bagi membincangkan secara bersama dan konstruktif berkaitan aspek tadbir urus yang melibatkan isu rumah ibadat bukan Islam. Perbincangan turut memberi tumpuan kepada aspek pengurusan, penyelarasan serta pendekatan terbaik dalam menangani isu yang timbul selaras dengan kerangka pentadbiran sedia ada.
Perbincangan turut menyentuh keperluan untuk memperkukuh kefahaman berkaitan prosedur dan garis panduan dalam pengurusan serta pembinaan rumah ibadat. Pendekatan dialog, rundingan dan mediasi akan terus menjadi kaedah utama dalam mengurus sebarang isu melibatkan komuniti pelbagai agama agar setiap perkara dapat ditangani secara berhemah tanpa menjejaskan keharmonian dan perpaduan masyarakat.
