10 Mac 2026, Pahang - YBhg. Dato' Haslina binti Abdul Hamid, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, telah mengadakan sesi peninjauan bertempat di Tabika Perpaduan Cenderawasih Barat, Kuantan bagi meneliti pelaksanaan program pendidikan awal kanak-kanak serta pengoperasian tabika di peringkat akar umbi.
Dalam sesi tersebut, beliau turut meneliti persekitaran pembelajaran bagi memastikan ia kondusif serta menyokong penerapan nilai perpaduan dalam kalangan kanak-kanak sejak peringkat awal.
Turut diadakan sesi bersama Jiran Wanita KRT Taman Cenderawasih Timur dan Puan Izzah, pengusaha Bengkel Izzah Resepi yang juga merupakan seorang cancer survivor yang menjadikan pengalamannya sebagai inspirasi untuk menghasilkan biskut yang lebih sihat.
Biskut-biskut yang dihasilkan di bengkel ini juga bertujuan memberi peluang kepada pesakit kanser dan mereka yang mementingkan pemakanan sihat untuk menikmati snek yang lebih sesuai dan berkhasiat.
