10 Mac 2026, Putrajaya - YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara telah mengadakan pertemuan bersama delegasi Jabatan Penjara Malaysia yang diketuai oleh YBrs.Komisioner Penjara (KP)Rosoman bin Abu Bakar@Che Din, Pengarah Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Penjara bagi membincangkan cadangan pelaksanaan Program Kesopanan dan Kesusilaan: Asas Pemulihan, Asas Perpaduan yang menekankan penerapan nilai murni serta prinsip Rukun Negara dalam modul pemulihan prospek penjara.
Perbincangan ini turut membuka ruang kerjasama holistik dalam memperkukuh usaha memupuk nilai perpaduan serta menyokong proses integrasi semula penghuni penjara ke dalam masyarakat.
