SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI KPN

fb twitter youtube rss rss
FAQ BM | HUBUNGI| FEEDBACK BM| SITEMAP BM
|
A- A A+
|
warna biru warna kuning warna biru
icon warga
icon awam
Laman Utama Arrow Media Arrow Koleksi Media Arrow Foto Arrow 2026 Arrow Galeri Foto Arrow foto mei 2026 Arrow Majlis Pelancaran Jelajah Belia Rukun Negara

14 Mei 2026, Selangor - Rukun Negara perlu terus dihayati sebagai moral compass atau kompas nilai bagi memastikan  pembangunan teknologi seiring dengan pembangunan akhlak dan perpaduan. Hasrat tersebut dinyatakan oleh YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara semasa menyampaikan ucapan di Majlis Pelancaran Jelajah Belia Rukun Negara bertempat di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Kampus Puncak Alam, Selangor di sini, hari ini.

Program anjuran Kementerian Perpaduan Negara melalui Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional ini adalah merupakan sebuah program baru yang diperkenalkan oleh Kementerian pada tahun ini bagi memperkukuh literasi, kefahaman dan penghayatan nilai Rukun Negara dalam kehidupan seharian mahasiswa. Program ini menyasarkan 4,500 orang mahasiswa dari seluruh negara dengan melibatkan pelaksanaan di 15 buah Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) yang mewakili 15 negeri.

YB Datuk Aaron Ago Dagang dalam ucapannya berkata, “Pelaksanaan Program Jelajah Belia Rukun Negara ini adalah sebagai platform intervensi sosial yang mendekatkan Rukun Negara dengan realiti kehidupan belia bagi mengatasi dan menangani cabaran semasa  perpaduan negara termasuk isu etnisiti, media, agama, kelas sosial, dan hubungan sosial rentas komuniti seperti yang telah dikenalpasti dalam dapatan Indeks Perpaduan Nasional (IPNas) 2025”.

TARIKH KEMASKINI :
HUBUNGI KAMI
KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA
Aras 5 - 10, Blok F9, Parcel F,
Lebuh Perdana Timur,
Presint 1, 62000 Putrajaya, MALAYSIA

+603-8091 8000
pro[at]perpaduan[dot]gov[dot]my

TAG AWAN

qr

fbtwitteryoutubeigrss

Undian
Adakah infomasi di dalam Portal KPN memenuhi ekspektasi dan keperluan pelanggan?

Log Masuk Intranet