SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI KPN

fb twitter youtube rss rss
FAQ BM | HUBUNGI| FEEDBACK BM| SITEMAP BM
|
A- A A+
|
warna biru warna kuning warna biru
icon warga
icon awam
Laman Utama Arrow Media Arrow Koleksi Media Arrow Foto Arrow 2026 Arrow Galeri Foto Arrow foto mei 2026 Arrow Program Satelit Khas: Kenduri Rakyat MADANI Tahun 2026

24 Mei 2026, Sarawak - Semangat kejiranan yang utuh akan melahirkan masyarakat yang saling menghormati, prihatin, bekerjasama dan sentiasa bersatu padu dalam mengekalkan  keharmonian serta keamanan negara. Perkara tersebut dinyatakan oleh YB Dato Sri Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara semasa menyempurnakan Program Satelit Khas: Kenduri Rakyat MADANI Tahun 2026 di sini.

YB Dato Sri Aaron Ago Dagang dalam ucapannya menyeru supaya seluruh rakyat Malaysia terus menghidupkan semula amalan rumah terbuka dan budaya kunjung-mengunjungi sesama jiran serta komuniti tanpa mengira kaum, agama dan latar belakang kerana tradisi ini bukan sahaja mencerminkan nilai murni masyarakat Malaysia, malah menjadi medium terbaik dalam memperkukuh semangat kejiranan, memupuk persefahaman serta mengeratkan hubungan silaturahim antara rakyat.

Penganjuran program ini adalah bertujuan menyemai semangat kebersamaan, hormat-menghormati dan keharmonian antara  masyarakat pelbagai kaum selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI di samping mengangkat signifikan Hari Gawai sebagai perayaan kesukuran selepas musim menuai, kenduri ini turut menjadi medium memelihara  adat resam, seni budaya dan tradisi warisan agar terus dihargai serta diwarisi oleh generasi muda.

TARIKH KEMASKINI :
HUBUNGI KAMI
KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA
Aras 5 - 10, Blok F9, Parcel F,
Lebuh Perdana Timur,
Presint 1, 62000 Putrajaya, MALAYSIA

+603-8091 8000
pro[at]perpaduan[dot]gov[dot]my

TAG AWAN

qr

fbtwitteryoutubeigrss

Undian
Adakah infomasi di dalam Portal KPN memenuhi ekspektasi dan keperluan pelanggan?

Log Masuk Intranet