18 September 2026, Putrajaya - YBrs. Tuan Mohamad Sobri bin Mat Daud, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Perancangan Strategik), Kementerian Perpaduan Negara telah menyempurnakan Program Jom Fahami Perlembagaan: Prinsip Rukun Negara, Keluhuran Perlembagaan dan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
Program ini merupakan salah satu inisiatif berterusan Kementerian Perpaduan Negara dalam memperkukuh kefahaman masyarakat terhadap asas-asas kenegaraan, khususnya berkaitan Perlembagaan Persekutuan, prinsip Rukun Negara serta kedudukan dan kepentingan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
Penganjuran program ini juga menjadi wadah penting dalam menyemai kesedaran mengenai nilai-nilai bersama yang menjadi tunjang pembentukan sebuah negara yang harmoni, inklusif dan bersatu padu. Kefahaman yang baik terhadap Perlembagaan Persekutuan, Rukun Negara dan Perjanjian MA63 dapat membantu masyarakat menghargai kepelbagaian, menghormati hak serta tanggungjawab sebagai warganegara dan mengamalkan prinsip kehidupan bermasyarakat berlandaskan semangat saling menghormati.
Semoga penganjuran program ini dapat memperluas ruang dialog dan kefahaman bersama, seterusnya menyumbang kepada pembentukan masyarakat yang lebih berpengetahuan, saling menghormati dan menghargai kepelbagaian dalam semangat Malaysia MADANI.
