SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI KPN

fb twitter youtube rss rss
FAQ BM | HUBUNGI| FEEDBACK BM| SITEMAP BM
|
A- A A+
|
warna biru warna kuning warna biru
icon warga
icon awam
Laman Utama Arrow Media Arrow Koleksi Media Arrow Foto Arrow 2021 Arrow Galeri Foto Arrow November 2021 Arrow Sumbangan keperluan asas Jawatankuasa KRT Taman Kenari Zon 1 dan Zon 2

2 November 2021 – Dalam kemeriahan masyarakat India membuat persiapan menyambut perayaan Deepavali, ada golongan yang hanya mampu melihat dengan pandangan sayu.

Justeru itu, Jawatankuasa KRT Taman Kenari Zon 1 dan Zon 2 mengambil inisiatif untuk memberikan sumbangan berupa keperluan asas kepada 25 buah keluarga yang berbangsa India di sekitar kawasan Taman Kenari Zon 1 dan Zon 2, Daerah Kulim, Bandar Baharu, Kedah.

Para penerima sumbangan merupakan mereka yang uzur, terjejas kesihatan dan kehilangan punca pendapatan. Bantuan ini diharap dapat sedikit sebanyak meringankan beban mereka serta membawa keceriaan pada penerima dalam menyambut Deepavali.

Program RT Care ini merupakan salah satu sokongan sosial Kerajaan Malaysia melalui agensi seperti Kementerian Perpaduan Negara bagi membantu penduduk di Kawasan Rukun Tertangga yang memerlukan.

Sumbangan telah disampaikan oleh Ketua Bahagian Parti Bersatu Kulim/ Bandar Baharu iaitu YBhg Cikgu Roslan Hashim bersama Penyelaras Dun Kulim iaitu YBhg Tuan Foo Kim Hing. Turut hadir bersama Pengerusi KRT Taman Kenari Zon 1 iaitu Encik Husny Hussein dan Pengerusi KRT Taman Kenari Zon 2 iaitu Encik Muthu a/l Sinnasamy.

 

TARIKH KEMASKINI :
HUBUNGI KAMI
KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA
Aras 5 - 10, Blok F9, Parcel F,
Lebuh Perdana Timur,
Presint 1, 62000 Putrajaya, MALAYSIA

+603-8091 8000
pro[at]perpaduan[dot]gov[dot]my

TAG AWAN

Your browser doesn't support canvas.

qr

fbtwitteryoutubeigrss

Undian
Adakah infomasi di dalam Portal KPN memenuhi ekspektasi dan keperluan pelanggan?

Log Masuk Intranet