SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI KPN

fb twitter youtube rss rss
FAQ BM | HUBUNGI| FEEDBACK BM| SITEMAP BM
|
A- A A+
|
warna biru warna kuning warna biru
icon warga
icon awam
Laman Utama Arrow Media Arrow Koleksi Media Arrow Foto Arrow 2021 Arrow Galeri Foto Arrow November 2021 Arrow Projek Pertanian Bandar Komuniti KRT Kota Kubang Labu, Tumpat

4 November 2021 - Program Pertanian Bandar merupakan program yang membantu isi rumah meringankan kos sara hidup melalui pengeluaran sendiri sebahagian daripada bahan makanan yang diperlukan melalui bimbingan Jabatan Pertanian.  Program ini melibatkan penduduk di kawasan bandar dan pinggir Bandar.

KRT Kota Kubang Labu, Tumpat telah mengambil inisiatif dengan melaksanakan Projek Pertanian Bandar Komuniti KRT. Susulan dari program yang dilaksanakan oleh komuniti KRT Kota Kubang Labu, Pengarah JPNIN Negeri Kelantan, Encik Shahrani Yusof telah turun padang bagi melawat dan pada masa yang sama telah merasmikan pelaksanaan program tersebut pada 5 November 2021.

Projek Pertanian Bandar ini merupakan tanaman sayur Hydro Solar hasil dari sokongan dan  sumbangan pihak Jabatan Pertanian Negeri Kelantan. Program yang dilaksanakan ini merupakan projek perintis bagi KRT di daerah Tumpat. Semoga ianya dapat memberikan manfaat kepada semua dan seterusnya menjana ekonomi Rukun Tetangga.

Tahniah dan terima kasih kepada Jawatankuasa KRT Kota Kubang Labu dalam pelaksanaan Projek Pertanian Bandar. Terima kasih juga kepada pihak Jabatan Pertanian Negeri Kelantan atas sokongan dan sumbangan yang diberikan kepada pihak KRT dalam menjayakan aktiviti.

 

TARIKH KEMASKINI :
HUBUNGI KAMI
KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA
Aras 5 - 10, Blok F9, Parcel F,
Lebuh Perdana Timur,
Presint 1, 62000 Putrajaya, MALAYSIA

+603-8091 8000
pro[at]perpaduan[dot]gov[dot]my

TAG AWAN

Your browser doesn't support canvas.

qr

fbtwitteryoutubeigrss

Undian
Adakah infomasi di dalam Portal KPN memenuhi ekspektasi dan keperluan pelanggan?

Log Masuk Intranet