SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI KPN

fb twitter youtube rss rss
FAQ BM | HUBUNGI| FEEDBACK BM| SITEMAP BM
|
A- A A+
|
warna biru warna kuning warna biru
icon warga
icon awam
Laman Utama Arrow Media Arrow Koleksi Media Arrow Foto Arrow 2021 Arrow Galeri Foto Arrow November 2021 Arrow Program RT Cares Taman Puyu, Daerah Seberang Perai Utara, Pulau Pinang

16 November 2021 - Program Ziarah Kasih Perpaduan merupakan perluasan perkhidmatan di bawah RTCares di mana peranan Komuniti Rukun Tetangga terus diperkasakan melalui penyampaian perkhidmatan kebajikan kepada komuniti yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

Selain itu, program ini dapat menyemarakkan semangat Keluarga Malaysia dalam kalangan komunitit melalui nilai-nilai murni seperti prihatin, kerjasama, tolong menolong, murah hati, kasih sayang dan saling membantu antara satu sama lain berdasarkan tiga teras utama iaitu Keterangkuman (inclusivity), Kebersamaan (common ground) dan Kesyukuran (contentment).

Ianya juga selaras dengan konsep RT 4ALL iaitu RT untuk semua golongan masyarakat tanpa mengira perbezaan latar belakang, agama dan kaum serta fahaman politik.

Sehubungan itu, Program Ziarah Kasih Perpaduan dilaksanakan melibatkan keluarga di Kawasan Rukun Tetangga Taman Puyu, Daerah Seberang Perai Utara, Pulau Pinang melalui semangat kebersamaan berkonsepkan Keluarga Malaysia.

Penolong Pegawai Perpaduan Kanan, Puan Haryati Abdul Rahman telah menyantuni Puan N.Govindammah a/p Ramasamy Naidu seorang warga emas uzur berumur 90 tahun yang tinggal bersama seorang anak perempuannya.

Turut hadir memberi sokongan dalam program ini ialah pengerusi KRT Taman Puyu, Encik Balu a/l Letchumanan.

 

 

TARIKH KEMASKINI :
HUBUNGI KAMI
KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA
Aras 5 - 10, Blok F9, Parcel F,
Lebuh Perdana Timur,
Presint 1, 62000 Putrajaya, MALAYSIA

+603-8091 8000
pro[at]perpaduan[dot]gov[dot]my

TAG AWAN

Your browser doesn't support canvas.

qr

fbtwitteryoutubeigrss

Undian
Adakah infomasi di dalam Portal KPN memenuhi ekspektasi dan keperluan pelanggan?

Log Masuk Intranet