SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI KPN

fb twitter youtube rss rss
FAQ BM | HUBUNGI| FEEDBACK BM| SITEMAP BM
|
A- A A+
|
warna biru warna kuning warna biru
icon warga
icon awam
Laman Utama Arrow Media Arrow Koleksi Media Arrow Foto Arrow 2021 Arrow Galeri Foto Arrow November 2021 Arrow Dedikasi Seorang Guru Hingga Ke Akhir Hayat

11 November 2021 – Wakil Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Negeri Sabah telah menyantuni keluarga mendiang Puan Minih Philemon yang merupakan Guru Tabika Perpaduan Kg. Toporoi Kota Marudu.
JPNIN Sabah yang diwakili oleh Timbalan Pengarah, Jessica Basat telah meluangkan masa di kediaman keluarga mendiang untuk menyampaikan bantuan dan derma ikhlas daripada seluruh Kakitangan JPNIN Sabah bagi meringankan beban keluarga yang ditinggalkan.
Mendiang mula berkhidmat dengan Jabatan ini pada tahun 2005 sebagai Guru Tabika Perpaduan di Kelas Tabika Perpaduan Pekan Tandek dimana kelas ini merupakan kelas tabika perpaduan yang pertama diwujudkan di Kota Marudu.
Pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar yang amat dirasai oleh ahli keluarga dan juga warga kerja Jabatan kerana beliau sememangnya dikenali sebagai seorang yang sangat ceria, baik hati dan prihatin.
Beliau merupakan seorang rakan yang baik dan merupakan seorang guru yang berdedikasi dalam melaksanakan tugasan mendidik anak-anak tabika. Takziah diucapkan.

TARIKH KEMASKINI :
HUBUNGI KAMI
KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA
Aras 5 - 10, Blok F9, Parcel F,
Lebuh Perdana Timur,
Presint 1, 62000 Putrajaya, MALAYSIA

+603-8091 8000
pro[at]perpaduan[dot]gov[dot]my

TAG AWAN

Your browser doesn't support canvas.

qr

fbtwitteryoutubeigrss

Undian
Adakah infomasi di dalam Portal KPN memenuhi ekspektasi dan keperluan pelanggan?

Log Masuk Intranet