SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI KPN

fb twitter youtube rss rss
FAQ BM | HUBUNGI| FEEDBACK BM| SITEMAP BM
|
A- A A+
|
warna biru warna kuning warna biru
icon warga
icon awam
Laman Utama Arrow Media Arrow Koleksi Media Arrow Foto Arrow 2021 Arrow Galeri Foto Arrow November 2021 Arrow Mendepani Cabaran Untuk Kesejahteraan Komuniti

24 November 2021 - Kementerian Perpaduan Negara melalui agensinya, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) telah menganjurkan Konvensyen Rukun Tetangga 2021 Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Konvensyen ini julung kali diadakan oleh Kementerian.

Menurut Menteri Perpaduan Negara, YB Datuk Halimah Mohamed Sadique, konvensyen seperti ini akan diteruskan di seluruh negara pada tahun 2022 ketika majlis perasmian.

Kementerian Perpaduan Negara di bawah kepimpinan YB Datuk Halimah Mohamed Sadique telah menghasilkan Pelan Pemerkasaan Kepimpinan Komuniti Rukun Tetangga 2021-2030 bagi memperkukuhkan peranan Rukun Tetangga sebagai peneraju keharmonian, keselamatan dan perkhidmatan kepada komuniti setempat seperti yang termaktub di dalam Akta Rukun Tetangga 2021 (Akta 751).

Konvensyen bertemakan “Mendepani Cabaran Untuk Kesejahteraan Komuniti” ini adalah berobjektifkan:

   i.   Menyediakan platform perkongsian idea dan inisiatif ke arah membentuk komuniti KRT Sejahtera.

   ii.  Memberikan inspirasi kepada kepimpinan Rukun Tetangga untuk bersedia menghadapi cabaran dalam menguruskan komuniti masing-masing.

   iii. Memperkasakan tanggungjawab komuniti RT dalam merealisasikan Aspirasi Perpaduan Keluarga Malaysia.

Konvensyen disertai oleh 100 orang peserta pelbagai kaum dari kalangan Pengerusi KRT, Ahli Jawatankuasa KRT, Jiran Wanita dan Jiran Muda daripada Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya yang aktif.

TARIKH KEMASKINI :
HUBUNGI KAMI
KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA
Aras 5 - 10, Blok F9, Parcel F,
Lebuh Perdana Timur,
Presint 1, 62000 Putrajaya, MALAYSIA

+603-8091 8000
pro[at]perpaduan[dot]gov[dot]my

TAG AWAN

Your browser doesn't support canvas.

qr

fbtwitteryoutubeigrss

Undian
Adakah infomasi di dalam Portal KPN memenuhi ekspektasi dan keperluan pelanggan?

Log Masuk Intranet