SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI KPN

fb twitter youtube rss rss
FAQ BM | HUBUNGI| FEEDBACK BM| SITEMAP BM
|
A- A A+
|
warna biru warna kuning warna biru
icon warga
icon awam
Laman Utama Arrow Media Arrow Koleksi Media Arrow Foto Arrow 2021 Arrow Galeri Foto Arrow November 2021 Arrow Majlis Pelancaran Pelan Tindakan Perpaduan Negara 2021 – 2030 dan KAMI @Pelan Perpaduan Keluarga Malaysia 2021 – 2025 Kementerian Perpaduan Negara

28 November 2021 – YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah melancarkan Pelan Tindakan Perpaduan Negara 2021 – 2030 dan KAMI @Pelan Perpaduan Keluarga Malaysia 2021 – 2025 Kementerian Perpaduan Negara di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC).

Pelan Tindakan Perpaduan Negara (PTPN 2021 – 2030) merupakan pelan induk yang dibangunkan bagi menterjemahkan strategi yang digariskan dalam Dasar Perpaduan Negara dan Rangka Tindakan (Blueprint) Perpaduan Negara 2021 – 2030 yang telah dilancarkan pada 15 Februari 2021 ke dalam bentuk perlaksanaan.

Manakala, KAMI @Pelan Perpaduan Keluarga Malaysia 2021-2025 ini dirangka selari dengan Pelan Tindakan Perpaduan Negara 2021-2030 yang menetapkan matlamat ke arah mencapai kesepaduan sosial dan perpaduan mampan. Program dan inisiatif yang disusun dalam KAMI @Pelan Perpaduan Keluarga Malaysia ini adalah memfokuskan program-program yang diterajui oleh Kementerian Perpaduan Negara dengan memberi penekanan kepada emapat (4) dimensi utama iaitu Karib, Aksesibiliti, Majmuk dan Inklusiviti.

Kementerian Perpaduan Negara komited untuk memastikan program yang telah disusun melalui KAMI @Pelan Perpaduan Keluarga Malaysia 2021-2025 dapat dilaksanakan dan mencapai keberhasilan yang diharapkan.

Majlis Pelancaran Pelan Tindakan Perpaduan Negara 2021 – 2030 dan KAMI @Pelan Perpaduan Keluarga Malaysia 2021 – 2025 Kementerian Perpaduan Negara ini turut dihadiri oleh 200 orang dari kalangan ahli Jemaah Menteri, ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara, Ketua Jabatan Kerajaan, Ketua-ketua Agama, Jentera Rukun Tetangga, rakan / NGO Perpaduan, ahli Kelab Rukun Negara dan ahli Sekretariat Rukun Negara.

TARIKH KEMASKINI :
HUBUNGI KAMI
KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA
Aras 5 - 10, Blok F9, Parcel F,
Lebuh Perdana Timur,
Presint 1, 62000 Putrajaya, MALAYSIA

+603-8091 8000
pro[at]perpaduan[dot]gov[dot]my

TAG AWAN

Your browser doesn't support canvas.

qr

fbtwitteryoutubeigrss

Undian
Adakah infomasi di dalam Portal KPN memenuhi ekspektasi dan keperluan pelanggan?

Log Masuk Intranet