SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI KPN

fb twitter youtube rss rss
FAQ BM | HUBUNGI| FEEDBACK BM| SITEMAP BM
|
A- A A+
|
warna biru warna kuning warna biru
icon warga
icon awam
Laman Utama Arrow Media Arrow Koleksi Media Arrow Foto Arrow 2021 Arrow Galeri Foto Arrow November 2021 Arrow RT Cares : Perpaduan Johor Bahru Peduli

19 November 2021 : Covid-19 telah mengubah keadaan dimensi sosioekomi penduduk khususnya di negara kita.  Dalam memastikan kelangsungan dan kesejahteraan komuniti sewaktu berhadapan pendamik, satu inisiatif baharu telah diwujudkan oleh Kementerian Perpaduan Negara bagi berdepan cabaran ini.

RT Cares yang berkonsepkan pendampingan sosial komuniti Rukun Tetangga ini dilihat telah memberi impak yang positif kepada negara dalam membantu golongan rakyat yang terkesan akibat pandemik ini.

Dalam mengukuhkan tanggungjawab sosial kepada masyarakat, Pejabat Perpaduan Daerah Johor Bahru bersama Jentera Rukun Tetangga telah bersama mengorak langkah ke arah usaha murni ini.

            Fokus utama lokasi kali ini adalah terletak di kawasan Rukun Tetangga Pangsapuri Seri Murni 2. Menurut Pegawai Perpaduan Daerah Johor Bahru, Encik Wan Rohaimin Wan Mustapha seramai 220 orang penduduk yang terdiri daripada warga emas (20 orang), Orang Kurang Upaya (4 orang) dan penduduk terjejas pendapatan (30 orang) bakal menerima manfaat daripada program RT Cares ini.

Semoga bantuan yang diberikan ini sedikit sebanyak mampu meringankan beban yang ditanggung oleh rakyat dalam memastikan kelangsungan hidup akibat penularan wabak Covid-19 ini.

 

TARIKH KEMASKINI :
HUBUNGI KAMI
KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA
Aras 5 - 10, Blok F9, Parcel F,
Lebuh Perdana Timur,
Presint 1, 62000 Putrajaya, MALAYSIA

+603-8091 8000
pro[at]perpaduan[dot]gov[dot]my

TAG AWAN

Your browser doesn't support canvas.

qr

fbtwitteryoutubeigrss

Undian
Adakah infomasi di dalam Portal KPN memenuhi ekspektasi dan keperluan pelanggan?

Log Masuk Intranet