SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI KPN

fb twitter youtube rss rss
FAQ BM | HUBUNGI| FEEDBACK BM| SITEMAP BM
|
A- A A+
|
warna biru warna kuning warna biru
icon warga
icon awam
Laman Utama Arrow Media Arrow Koleksi Media Arrow Foto Arrow 2021 Arrow Galeri Foto Arrow November 2021 Arrow Pertandingan Petanque Terbuka Antara KRT-KRT Labuan Eratkan Silaturrahim
IMG 20211120 WA0001

20 November 2021 - Sukan petanque semakin dikenali dan menarik minat para penggemar sukan sejak akhir-akhir ini. Banyak gelanggang dan persatuan petanque diwujudkan di W.P Labuan, bak kata pepatah bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan.

Sukan ini menjadi satu “trend” di negeri ini. Ahli Jawatankuasa Rukun Tetangga, KRT Taman Layang-Layangan telah mengambil inisiatif menganjurkan Kejohanan Petanque Terbuka antara KRT-KRT seluruh Labuan. Dua kategori yang dipertandingan iaitu “double” dan “triple” telah berjaya menarik 16 penyertaan bagi setiap kategori dari kalangan ahli jawatankuasa KRT Labuan.

Pertandingan selama dua hari ini merupakan medan terbaik mengumpul ahli-ahli jawatankuasa Rukun Tetangga seluruh Labuan sebagai platform perkongsian dan pertukaran ilmu dikalangan KRT-KRT Labuan.

Pertandingan ini dianjurkan dengan kerjasama Kelab Petanque Layangan. Kelab ini menyumbang dan membantu dalam aspek teknikal, peralatan serta kepakaran bagi melancarkan perjalanan pertandingan.

Hasil perbincangan dan kerjasama diantara Ahli Jawatankuasa KRT Taman Layang-Layangan, Encik Mazidi Bin Rosli bersama ahli Kelab Petanque Layangan telah berjaya mencetuskan idea penganjuran pertandingan ini dan mengangkat kawasan tersebut sebagai salah satu venue yang berpotensi sebagai pusat pertandingan petanque pada masa akan datang serta mengangkat nama kampung tersebut.

 

TARIKH KEMASKINI :
HUBUNGI KAMI
KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA
Aras 5 - 10, Blok F9, Parcel F,
Lebuh Perdana Timur,
Presint 1, 62000 Putrajaya, MALAYSIA

+603-8091 8000
pro[at]perpaduan[dot]gov[dot]my

TAG AWAN

Your browser doesn't support canvas.

qr

fbtwitteryoutubeigrss

Undian
Adakah infomasi di dalam Portal KPN memenuhi ekspektasi dan keperluan pelanggan?

Log Masuk Intranet