8 Mac 2021 - Sambutan Hari Wanita 2021 peringkat Kementerian Perpaduan Negara telah diadakan di Dewan Aras 1, Kompleks F9 dan dirasmikan oleh YB Menteri Perpaduan. Sambutan diadakan untuk kali pertama di peringkat Kementerian ini sejak ditubuhkan pada 10 Mac 2020.
Terdapat seramai 4,306 kakitangan wanita di Kementerian Perpaduan Negara termasuk Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional serta MITRA.
Slogan tahun ini adalah 'Wanita Bangkit Mendepani Cabaran. Wanita Waja Negara'.