28 Februari 2021 – YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd. Yassin, Perdana Menteri Malaysia telah melancarkan Pelan Pemerkasaan Kepimpinan Komuniti Rukun Tetangga 2021 – 2030 dan menyempurnakan penyerahan hadiah utama kepada pemenang Anugerah Perdana Rukun Tetangga 2021.
Selain anugerah utama ini, lapan (8) kategori lagi turut dipertandingkan seperti Skim Rondaan Sukarela Terbaik, Jiran Wanita Terbaik, Jiran Muda Terbaik, Projek Ekonomi Rukun Tetangga Terbaik, Projek Inovasi Rukun Tetangga Terbaik, Kelas Tabika Perpaduan Terbaik dan Taska Genius Perpaduan Terbaik.