17 April 2022, Seremban -Tugasan meronda dalam menjaga keselamatan dan keharmonian taman tidak menghalang peronda Skim Rondaan Sukarela (SRS) Taman Marida, Daerah Seremban untuk mengedar buah kurma kepada penduduk.
Edaran bekalan buah kurma antara aktiviti yang sering dilaksanakan dalam memeriahkan bulan Ramadan. Kebiasaannya bubur kurma diedar pada sebelah petang sebelum berbuka puasa. Namun bagi KRT Taman Marida, bubur kurma pada kali ini diedar pada sebelah malam menjelang terawih.