8 April 2022, Johor- Baru-baru ini KRT Parit Tarom Muar telah menerima lawatan dari Skuad Elit Jiran Wanita daerah Kluang dalam projek ekonomi KRT mereka. Program yang diadakan itu cukup meriah dengan kehadiran semua ahli dan pengerusi KRT Parit Jawa, Penghulu Parit Jawa dan Pengerusi SEJIWA.
Sempat dihidangkan dengan jamuan ringan sebelum bertolak memulakan lawatan ke pameram IKS, Pantai Leka dan Hutan Bakau, Parit Kassim. Program yang diadakan pada 2 April, Sabtu lalu sangat bagus dalam mengeratkan silaturrahim. Semoga akan ada lagi kerjasama antara KRT dan SEJIWA selepas ini dalam program akan datang.