18 April 2022, Kuala Lumpur - Pusat Komuniti PPR Intan Baiduri Kuala Lumpur telah melangsungkan Majlis Ihya Ramadan 2022 anjuran KRT PPR Intan Baiduri.
Majlis diadakan untuk mengimarahkan suasana bulan ramadan dan meraikan penduduk KRT PPR Intan Baiduri.
Pihak KRT telah menyampaikan sumbangan kepada golongan yang memerlukan, anak-anak yatim dan ibu-ibu tunggal yang tinggal di KRT PPR Intan Baiduri.
Syabas KRT PPR Intan Baiduri. Diharapkan bantuan ini mampu mengukir senyuman buat penerima sumbangan untuk meraikan lebaran yang akan menjelma tidak lama lagi.