12 April 2022, Selangor - KRT Ara Damai/Taman Kesumba tidak melepaskan peluang untuk sama-sama beramal dengan memberi sumbangan Ikan pekasam dan kurma kepada penduduk setempat. Jarang sekali orang memberi sumbangan berupa Ikan pekasam tapi istimewanya ikan pekasam ini sesuai dijadikan sebagai pembuka selera ketika bersahur. Agihan ikan pekasam dan kurma diedarkan secara rawak di perkarangan jalan kawasan rukun tetangga. Sebanyak 250 bungkusan berjaya diedarkan pada petang tersebut.
Terima kasih kepada KRT Ara Damai/ Taman Kesumba di atas sumbangan menarik berupa ikan pekasam ini.