24 Mei 2022, Pahang - Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri telah dianjurkan oleh KRT Mat Kilau dengan kehadiran penduduk daripada pelbagai kaum. Sebanyak 500 orang penduduk yang berbilang kaum menghadiri ke majlis ini.
Dato Haji Abdul Satar, Pengerusi KRT Mat Kilau berkata bahawa Majlis Sambutan Hari Rata Aidilfitri pada tahun ini menerima sambutan yang meriah berbanding dengan tahun sebelum.
Anjuran Majlis ini bukan sahaja dapat menjadi medan pertemuan berbilang bangsa malah dapat meraikan perayaan ini bersama Keluarga Malaysia.