5 Julai 2022, Kedah -KRT Kampung Bok Bak Tanjung Nering meneruskan misi bantuan pasca banjir di Baling. Bantuan barangan makanan kepada mangsa-mangsa banjir disampaikan bagi meringankan beban yang ditanggung.

7 Julai 2022, Kedah - Hari ini, Pengerusi KRT Daerah Yan telah turun padang memberi bantuan pasca banjir kepada kawasan yang terlibat iaitu Taman Seri Landak, Kampung Tanjung, Kampung Hangus, Kampung Iboi dan Kampung Sadik Baling, Kedah.
9 Julai 2022, Kedah - Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional (JPNIN) Daerah Kota Setar, Padang Terap, Pokok Sena dan Skuad Uniti Kota Setar telah turun padang untuk memberikan sumbangan dan bantuan kepada mangsa-mangsa yang terjejas dengan banjir yang melanda Baling baru-baru ini. Beberapa barangan keperluan turut diagihkan seperti barangan makanan, keperluan harian dan banyak lagi.
9 Julai 2022, Kedah - Gerak bantuan diteruskan lagi ke Kupang, Baling Kedah. Kali ini Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Kuala Muda turun membersihkan kawasan dan menghulurkan beberapa bentuk bantuan makanan kepada penduduk yang terkesan.