SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI KPN

fb twitter youtube rss rss
FAQ BM | HUBUNGI| FEEDBACK BM| SITEMAP BM
|
A- A A+
|
warna biru warna kuning warna biru
icon warga
icon awam
Laman Utama Arrow Media Arrow Koleksi Media Arrow Foto Arrow 2023 Arrow Galeri Foto Arrow foto ogos 2023 Arrow Majlis Penutup Jalinan Integrasi Nasional Mahasiswa Tahun 2023

6 Ogos 2023, Sarawak -YB Datuk Aaron Ago Dagang telah menghadiri Majlis Penutup Jalinan Integrasi Nasional Mahasiswa Tahun 2023 di Sarawak yang melibatkan pelajar berbilang bangsa dari UPM Kampus Bintulu dan IPG Kampus Rajang. Program yang berlangsung selama lima (5) hari ini melibatkan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Nanga Tada Zon 1,2,3,4 dan 5, Komuniti Rumah Panjang serta penduduk di kawasan Nanga Tada yang menyambut baik kehadiran peserta-peserta bagi memperkenalkan dengan lebih dekat tentang adat, tradisi, budaya dan suasana komuniti setempat. Pelbagai pengisian bermanfaat yang dilaksanakan melalui Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN), Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) dan Arkib Negara Malaysia (ANM) iaitu explorasi komuniti, gotong-royong, aktiviti kesukarelawanan, sukan perpaduan, rewang dan banyak lagi. Tahniah dan syabas kepada semua peserta yang terlibat. Semoga Program Jalinan ini dapat memberi pendedahan baharu mengenai etnik dan budaya di Sarawak sekaligus mengukuhkan semangat perpaduan dan rasa kecintaan terhadap setiap budaya dan etnik yang terdapat di Malaysia.

TARIKH KEMASKINI :
HUBUNGI KAMI
KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA
Aras 5 - 10, Blok F9, Parcel F,
Lebuh Perdana Timur,
Presint 1, 62000 Putrajaya, MALAYSIA

+603-8091 8000
pro[at]perpaduan[dot]gov[dot]my

TAG AWAN

Your browser doesn't support canvas.

qr

fbtwitteryoutubeigrss

Undian
Adakah infomasi di dalam Portal KPN memenuhi ekspektasi dan keperluan pelanggan?

Log Masuk Intranet