01 Oktober 2023, Langkawi -YBhg. Datuk Azman bin Haji Yusof, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara telah mengadakan Lawatan Kerja ke Langkawi selama dua (2) hari bagi memantau pelaksanaan penambahbaikkan di beberapa kawasan yang melibatkan Jabatan/ Agensi di bawah Kementerian Perpaduan Negara.YBhg. Datuk KSU memulakan lawatan dengan meninjau Projek Penambahbaikan Galeria Perdana Langkawi yang terletak di Jalan Ayer Hangat, Kampung Kilim yang berada di bawah pentadbiran Jabatan Muzium Malaysia. Beberapa penambahbaikan perlu segera dilaksanakan supaya Galeria Perdana dapat dibuka kepada orang awam semula.
Di sebelah petang, YBhg. Datuk KSU meneruskan lawatan ke Tabika PPR Anggerik Lestari untuk memantau keadaan yang perlu diperbaiki demi memastikan kanak-kanak Tadika dapat menuntut ilmu dalam keadaan yang selesa dan juga selamat. Seterusnya, beliau turut meluangkan masa melawat ke Pejabat Perpaduan Daerah Langkawi dan Tabika Kampung Mata Ayer untuk beramah mesra dan mengenalpasti sebarang pembaharuan dan penambahbaikan yang perlu segera diperbaiki.
Kementerian Perpaduan Negara akan berusaha untuk memastikan keperluan dan kemudahan di setiap Jabatan dan Agensi terus dipelihara dan dijaga agar setiap darinya dapat beroperasi dengan baik dan memberi manfaat kepada orang awam.