13 November 2024, Putrajaya - YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara telah hadir ke Pra Bengkel Perancangan Strategik Kementerian Perpaduan Negara bertempat di Dewan Balora Perdana, Jabatan Pendaftaran Negara.
Dalam ucapannya, beliau telah mengingatkan Kementerian dan Agensi untuk melihat keberkesanan program sedia ada dan mengenalpasti penilaian impak program-program tersebut. Bagi hala tuju 2025, fokus adalah kepada program yang memupuk semangat perpaduan.