25 November 2024, Putrajaya - YBhg. Datuk Seri Hj. Hasnol Zam Zam bin Hj. Ahmad, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara telah mengadakan sesi kunjungan hormat ke Akademi Kenegaraan Malaysia.
Tujuan sesi kunjungan hormat ini adalah untuk berkongsi mengenai fungsi dan peranan Kementerian Perpaduan Negara di samping melihat peluang kerjasama bersama Akademi Kenegaraan Malaysia.