5 November 2023, Bangi - Hari ini telah diadakan Konvensyen Rukun Tetangga Peringkat Kebangsaan Tahun 2023. Majlis perasmian konvensyen telah disempurnakan oleh YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara.
Seramai kira-kira 500 orang peserta telah menyertai Konvensyen Rukun Tetangga Peringkat Kebangsaan Tahun 2023 di Bangi Avenue Convention Centre, Selangor.
Bertemakan “Rukun Tetangga sebagai Penggerak Masyarakat Progresif”, program ini diadakan sebagai platform untuk berkongsi amanat dan hala tuju baharu Kawasan Rukun Tetangga (KRT) selaras dengan hasrat Kementerian untuk Memperkasa KRT sebagai penggerak masyarakat progresif.