11 November 2023 - YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara telah menyempurnakan Majlis Warisan Budaya Bangsa Ini Warisan Kita: Misi Sukarelawan Siswa ke Sarawak 2023, hari ini. Seramai 16 orang sukarelawan siswa telah terlibat dalam misi ini di sekitar Nanga Machan, Kanowit bermula pada 6 – 16 November 2023.
Sepanjang misi ini berlangsung, para sukarelawan telah membantu penduduk kampung menerusi pelbagai khidmat komuniti seperti pemasangan dan pembinaan projek lampu solar jalan, projek fasiliti awam serta mengadakan program literasi digital dan keusahawanan sosial.