SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI KPN

fb twitter youtube rss rss
FAQ BM | HUBUNGI| FEEDBACK BM| SITEMAP BM
|
A- A A+
|
warna biru warna kuning warna biru
icon warga
icon awam
Laman Utama Arrow Media Arrow Koleksi Media Arrow Foto Arrow 2023 Arrow Galeri Foto Arrow foto nov 2023 Arrow Lawatan Kerja Datuk Azman bin Mohd Yusof, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara Ke Perpustakaan Digital Kedah

13 November 2023, Kedah - YBhg. Datuk Azman bin Mohd Yusof, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara telah melawat ke Perpustakaan Digital Kedah sebagai lokasi pertama sempena lawatan kerja rasmi ke Negeri Kedah.

Perpustakaan Digital Kedah ini dilengkapi dengan pelbagai teknologi dan fasiliti moden serta koleksi digital. Perpustakaan ini juga turut menjadi sebuah pusat maklumat digital dan membantu penguasaan teknologi digital dalam masyarakat di negeri Kedah.

Selesai melawat ke Perpustakaan Digital, YBhg. Datuk Azman telah melawat ke Rumah Kelahiran Tun Dr. Mahathir.

Kementerian Perpaduan Negara melalui pihak Arkib Negara Malaysia akan terus memelihara rumah tersebut di bawah projek Arkib Perdana Menteri. Usaha memulihara dan memperbaiki rumah ini adalah untuk menyelamatkan tempat yang mempunyai nilai sejarah ini daripada lupus.

Di sebelah petang pula, beliau sempat singgah ke Muzium Kota Kuala Kedah yang ditadbir oleh Jabatan Muzium Malaysia telah dibuka secara rasmi kepada orang ramai pada 6 Jun 1999. 

Kota Kuala Kedah atau Kota Kuala Bahang telah dibina pada tahun 1771 sebagai benteng pertahanan bagi negeri Kedah selain dari ibu negerinya di Alor Setar, dan siap pembinaanya dalam tahun 1780. Ini menjadikan ia sebagai antara kota pertahanan tertua dan bersejarah di Malaysia.

TARIKH KEMASKINI :
HUBUNGI KAMI
KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA
Aras 5 - 10, Blok F9, Parcel F,
Lebuh Perdana Timur,
Presint 1, 62000 Putrajaya, MALAYSIA

+603-8091 8000
pro[at]perpaduan[dot]gov[dot]my

TAG AWAN

Your browser doesn't support canvas.

qr

fbtwitteryoutubeigrss

Undian
Adakah infomasi di dalam Portal KPN memenuhi ekspektasi dan keperluan pelanggan?

Log Masuk Intranet