19 November 2023 - Sukan merupakan elemen yang mampu menyatupadukan masyarakat tanpa mengira perbezaan. Tidak boleh dinafikan bahawa ia merupakan platform yang terbaik untuk melihatkan sisi perpaduan dalam pelbagai aspek. Melalui sokongan, kerjasama, dorongan dan juga semangat berpasukan yang ditonjolkan.
Di sebelah pagi, YBhg. Datuk Azman Mohd Yusof, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara telah turun menyaksikan Perlawanan yang berlangsung seawal 8.00 pagi di lokasi masing-masing sekaligus menyempurnakan sesi Kick-Off sebagai tanda bermulanya Perlawanan Kebangsaan Liga Sukan UNITI bagi tahun 2023.
"Sukan Menyatukan Kita"