26 November 2023, Kuala Lumpur - Kemeriahan sepanjang Program Larian Negaraku yang berlangsung awal pagi tadi. Program ini berjaya dianjurkan di Kuala Lumpur dengan penglibatan lebih dari 3500 penyertaan dari pelbagai komuniti.
Acara Flag Off telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Azman Mohd Yusof , Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara .
Program ini dianjurkan melalui pemberian geran padanan Kementerian Perpaduan Negara kepada Persatuan Rekreasi Wilayah Persekutuan. Selain daripada aktiviti larian, ada juga persembahan menarik daripada penyanyi kegemaran ramai iaitu Black Hanifah!
Sporting habis semua! 
