23 Januari 2024, Putrajaya - YBhg. Datuk Azman bin Mohd Yusof telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Kementerian (JTPK) Bil.1/2024 bertempat di Bilik Mesyuarat Perpaduan 3, Kementerian Perpaduan Negara.
Turut hadir, YBrs. Encik Mohamad Sobri bin Mat Daud, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, pengurusan tertinggi Kementerian Perpaduan Negara, Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Kementerian Kewangan, Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Ekonomi, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Muzium Malaysia, Arkib Negara Malaysia, Perpustakaan Negara Malaysia, Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia.