04 Februari 2024, Kota Kinabalu – YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara telah mengadakan kunjungan hormat kepada YAB Menteri Besar Kelantan, YAB Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato’ Haji Mohd Nassuriddin Haji Daud.
Dalam pertemuan ini YB Datuk Aaron Ago Dagang dan YAB Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato’ Haji Mohd Nassuriddin Haji Daud telah bertukar pandangan serta membincangkan kerjasama antara Kementerian Perpaduan Negara (KPN) dan Kerajaan Negeri Kelantan.
Tidak kira pihak kerajaan mahupun pembangkang, kita harus bersama dan komited dalam menjayakan agenda perpaduan negara dalam melahirkan rakyat Malaysia yang bersopan- santun, bertoleransi, hormat-menghormati, bersatu padu dan progresif.