04 Februari 2024, Pasir Mas – YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara bersama-sama warga jentera perpaduan di KRT Lubok Setol, Pasir Mas bagi menjayakan Program Komuniti Rahmah.
YB Datuk Aaron Ago Dagang turut menyampaikan sumbangan Kotak Rahmah kepada 100 orang penerima. Turut mengumumkan peruntukkan sebanyak RM 50,000.00 bagi aktiviti pemerkasaan KRT di Pasir Mas.
Sehingga kini, terdapat sebanyak 128 Skuad Uniti di seluruh negara yang telah diwujudkan untuk memberikan perkhidmatan bantuan sekiranya berlakunya bencana. Kini di Kelantan terdapat sebanyak 10 Skuad Uniti. Justeru, bilangan ini akan ditingkatkan supaya sekurang-kurangnya terdapat 1 Skuad Uniti di setiap kawasan Parlimen di Negeri Kelantan.