17 Februari 2024, Sabah – B Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara telah hadir ke Majlis Perasmian Bangunan Baharu Perpustakaan Desa Kampung Kumbatang, Matunggong, Kudat.
Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) telah berjaya melaksanakan sebanyak 63,406 program galakan membaca dan literasi maklumat pada tahun 2023 bagi menyemarakkan budaya membaca dalam kalangan rakyat Malaysia, KPN akan melaksanakan kempen membaca (#bacasamasama) sepanjang tahun seperti Jom Baca Bersama 10 Minit, Karnival Baca Perdana, Bacaan Kegemaran Saya, Hari Buku Sedunia, Kembara Ilmu dan Anugerah Buku.
KPN akan berkerjasama dengan Kementerian Pengangkutan bagi mewujudkan Airport Library di kesemua lapangan terbang di negara ini bermula tahun ini. Bagi merealisasikan usaha murni ini, Kementerian akan menjadikan Amsterdam Airport Schiphol Library sebagai penanda aras dalam meningkatkan aktiviti galakan membaca.
Program Klik eusahawan akan dilaksanakan di sebanyak 10 lokasi di seluruh negara dengan kerjasama Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC). Program ini bertujuan untuk melahirkan usahawan muda dan membantu menggunakan platform media sosial bagi mempromosikan produk-produk keusahawanan yang digerakkan di perpustakaan desa.