9 Mac 2024, Pulau Pinang - YB Datuk Aaron Ago Dagang, Menteri Perpaduan Negara telah menghadiri Sesi Ramah Mesra bersama Persatuan Muhibbah yang berlangsung di Bangunan Persatuan Melayu Pulau Pinang (PEMENANG).
Program ini diadakan bagi tujuan perkongsian berhubung agenda perpaduan dan keharmonian negara Malaysia.