SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI KPN

fb twitter youtube rss rss
FAQ BM | HUBUNGI| FEEDBACK BM| SITEMAP BM
|
A- A A+
|
warna biru warna kuning warna biru
icon warga
icon awam
Laman Utama Arrow Media Arrow Koleksi Media Arrow Foto Arrow 2021 Arrow Galeri Foto Arrow November 2021 Arrow Program Pemerkasaan Skuad Uniti RT Cares

14 November 2021 - Menteri Perpaduan Negara, YB Datuk Halimah Mohamed Sadique telah melancarkan program Pemerkasaan Skuad Uniti RT Cares sebagai inisiatif Kementerian memperluaskan peranan Sukarelawan Skuad Uniti dalam meningkatkan Keselamatan, Kesejahteraan dan Keharmonian masyarakat.

Program ini dilancarkan di perkarangan Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Majlis Perbandaran Bentong, Pahang setelah selesai Sesi Maklumbalas Rakyat KAMI @Pelan Perpaduan Keluarga Malaysia     2021 – 2025.

Program Skuad Uniti RT Cares adalah merupakan inisiatif Kementerian Perpaduan Negara dalam memperkasa dan memperkukuhkan lagi fungsi serta peranan Skuad Uniti sedia ada dalam menyampaikan perkhidmatan kepada komuniti.

Skuad ini bertindak sebagai suatu gerakan sosial di peringkat akar umbi (Social Grassroot Movement) yang melibatkan semua lapisan masyarakat tanpa mengira kaum yang bertindak sebagai agen pemangkin perkhidmatan kepada rakyat. 

Selain itu, Skuad Uniti juga merupakan pasukan pertama yang menerima, menyampaikan maklumat dan membantu mangsa serta golongan sasaran ketika berlaku kecemasan di peringkat komuniti (Social First Aid). Penubuhannya secara tidak langsung dapat memperkasakan lagi Rukun Tetangga sebagai sebuah institusi sosial di peringkat akar umbi.

TARIKH KEMASKINI :
HUBUNGI KAMI
KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA
Aras 5 - 10, Blok F9, Parcel F,
Lebuh Perdana Timur,
Presint 1, 62000 Putrajaya, MALAYSIA

+603-8091 8000
pro[at]perpaduan[dot]gov[dot]my

TAG AWAN

Your browser doesn't support canvas.

qr

fbtwitteryoutubeigrss

Undian
Adakah infomasi di dalam Portal KPN memenuhi ekspektasi dan keperluan pelanggan?

Log Masuk Intranet