20 Januari 2023,Perak - Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, YBhg. Dato' Indera Noridah Abdul Rahim telah menyerahkan plak Citarasa Menu KAMI kepada Restoran Haji Sharin Low Grand, Ipoh Perak di atas penghargaan kerana menepati kriteria-kriteria sebagai premis makanan yang menghimpunkan masyarakat berbilang kaum.
Selari dengan hasrat membangun Malaysia MADANI, inisiatif ini dilihat menepati tonggak dasar “Hormat”. Di premis seperti ini membolehkan rakyat saling mengenali dan menjurus kepada budaya saling menghormati.