20 Mac 2023, Kuala Lumpur - Menjelang Ramadan yang akan muncul beberapa hari saja lagi, Menteri Perpaduan Negara, YB Datuk Aaron Ago Dagang meraikan sebahagian petugas media dalam Majlis Temu Mesra bersama Editor Media hari ini. Petugas media seperti wartawan dan pengarang, menjadi medium yang sangat penting di dalam membantu menyebar luas mesej-mesej berkaitan rasa kasih sayang terhadap negara, keharmonian sesama bangsa dan agama serta menyuntik semangat patriotisme di kalangan rakyat.
Majlis sederhana ini berlangsung secara santai dan dihadiri oleh pengarang kanan syarikat media berpengaruh di seluruh negara. YB Menteri turut berkesempatan berkongsi mengenai Kerangka Perpaduan Malaysia MADANI yang dibangunkan oleh Kementerian Perpaduan Negara melalui konsep Perpaduan Dalam Kepelbagaian.
Menariknya juga, editor yang hadir turut bersama-sama menyertai sesi bacaan ikrar Rukun Negara yang menjadi agenda utama dalam setiap majlis anjuran Kementerian.