SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI KPN

fb twitter youtube rss rss
FAQ BM | HUBUNGI| FEEDBACK BM| SITEMAP BM
|
A- A A+
|
warna biru warna kuning warna biru
icon warga
icon awam
Laman Utama Arrow Media Arrow Koleksi Media Arrow Foto Arrow 2023 Arrow Galeri Foto Arrow foto Jan 2023 Arrow Misi Bantuan Pasca Banjir di Terengganu

01 Januari 2023,Terengganu -Yayasan Sukarelawan Siswa (YSS) telah menggerakkan Misi Bantuan Pasca Banjir di Terengganu selama 3 hari bermula 30 Disember 2022 sehingga 1 Januari 2023. Program ini turut dihadiri oleh Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, Dato’ Indera Noridah Abdul Rahim yang turut menyampaikan bantuan bakul makanan kepada mangsa banjir di sekitar Kuala Nerus, Terengganu. Hadir sama adalah YBrs. Encik Mohd Rosli Alias, Pengarah Perpaduan Negeri JPNIN Terengganu, dan YBrs. Encik Wong Kin Lun, Ketua Pegawai Eksekutif YSS. Misi ini telah disertai oleh sukarelawan mahasiswa daripada Institut Pendidikan Guru (IPG) (Kampus Dato' Razali Ismail), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sultan Zainal Abidin (UnisZA), University College MAWIP International dan Alumni YSS. Selain sukarelawan YSS, ahli Skuad Uniti daripada KRT Pulau Sekati turut bergotong-royong dengan menyediakan makanan melalui program Dapur Komuniti dan membersihkan Masjid Kg Pulau Sekati yang terjejas akibat banjir.

Usaha yang ditunjukkan oleh YSS ini harus diberikan pujian kerana selain dapat meringankan beban mangsa banjir, khidmat komuniti yang diberikan oleh sukarelawan mahasiswa ini mampu memberikan nilai tambah berkaitan pengurusan bencana dan peningkatan jatidiri dalam diri mereka.

 

 

TARIKH KEMASKINI :
HUBUNGI KAMI
KEMENTERIAN PERPADUAN NEGARA
Aras 5 - 10, Blok F9, Parcel F,
Lebuh Perdana Timur,
Presint 1, 62000 Putrajaya, MALAYSIA

+603-8091 8000
pro[at]perpaduan[dot]gov[dot]my

TAG AWAN

Your browser doesn't support canvas.

qr

fbtwitteryoutubeigrss

Undian
Adakah infomasi di dalam Portal KPN memenuhi ekspektasi dan keperluan pelanggan?

Log Masuk Intranet